-Katak menghasilkan telur di dalam air atau kawasan berair. Telur–telur katak melekat antara satu sama lain membentuk sekelompok telur. Katak bertelur berpuluh puluh sehingga beratus-ratus biji telur bagi memastikan kemandirian hidup spesisnya. Telur katak dilindungi dan dikelilingi dengan struktur seperti agar–agar dan agak licin. Katak betina tidak akan menjaga telur–telurnya selepas bertelur.
-Selepas 21 hari tempoh perkembangan, embrio akan meninggalkan cengkerang agar – agar dan melekatkan dirinya pada rumpai air di dalam air. Kemudian ia menjadi berudu dan akan membesar sehingga ia berjaya berenang di dalam air. Ini mengambil masa 3 hari hingga 3 minggu. Berudu makan tumbuhan air yang kecil yang melekat pada tumbuhan air yang lebih besar iaitu alga.
Berudu mempunyai ekor yang panjang, dan tinggal di dalam air. Ia mudah mati, dan bergantung kepada keupayaan menyamar untuk melindunginya. Berudu juga terancam dan ia boleh dimakan oleh hidupan air yang lain dan boleh mati jika air kolam atau seumpamanya kering
3.Peringkat 3 - Berudu mula berubah
-Selepas 5 minggu, berudu mula berubah. Kaki belakang mula terbentuk, seterusnya kaki hadapan. Kaki hadapan terbentuk di bahagian belakang kepalanya yang bonjol. Ekor berudu mengecil. Paru – paru mula berkembang, untuk membolehkan katak hidup di darat. Pada peringkat ini, berudu akan berenang ke permukaan air untuk bernafas. Ekornya juga membantu ia berenang untuk mendapatkan makanan. Berudu mula makan tumbuh–tumbuhan dan haiwan yang reput.
4.Peringkat 4 – Hampir jadi katak (Froglet)
-Lama–kelamaan, berudu akan mula kelihatan seperti katak. Ia menanggalkan kulit. Mulutnya mula melebar, dan rahangnya mula hilang. Ekor mengecil, dan kaki membesar. Paru–paru semakin menjalankan fungsinya.
5.Peringkat akhir – Katak (Frog)
-Selepas 11 minggu, ia telah berkembang dengan lengkap, katak yang mempunyai paru- paru, kaki dan tanpa ekor. Ia mula keluar dari air. Katak lebih banyak menghabiskan hidupnya di darat, berbanding di dalam air. Katak yang kecil ini mula memakan serangga. Ia akan menjadi katak dewasa dan akan mencari pasangan. Katak betina akan bertelur dan proses ini berulang kembali.
No comments:
Post a Comment